awesome people

Thursday, March 17

Dilema pelajar lepas SPM. kos apa yang aku nak amek ni? mana satu yang aku nak?


Setiap orang inginkan kejayaan tetapi disebalik kejayaan pasti ada kegagalan.Yang berjaya akan meneruskan cita-cita mereka dan mendapat IPT atau Kos yang mereka minati.Bagi yang gagal,bagaimana pulak?adakah mereka tidak dapat melanjutkan pelajar?adakah mereka tidak akan dapat kos yang mereka minati?Pasti perkara ini akan bermain difikiran adik-adik yang baru ambil keputusan SPM nanti.
Bagi yang berjaya dalam SPM 2010 nanti,saya ucapkan tahniah atas kejayaan yang anda kecapi.Bagi yang gagal mendapat apa yang sepatutnya janganlah anda bersedih atau berputus asa.Tuhan telah menjanjikan kepada kita ,Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaumnya sendiri yang mengubahnya.Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita berusaha kita pasti akan berjaya.bezanya adalah usaha dan masa.Mungkin SPM ini bukan milik anda.Mungkin kejayaan itu akan menyusul ketika anda berada di Universiti kelak.Insya-Allah.
Saya Nak Jadi Doktor Tetapi Keputusan Saya Tak Dapat Straight A.
Semua orang pasti menanam cita-cita untuk menjadi Doktor terutamanya mereka-mereka yang belajar di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara(MRSM).Malangnya tidak semua yang boleh mengecapinya dan hanya segelintir sahaja yang akan berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran.Bagaimana dengan yang lain?yang dapat 8A 1B?7A 2B?Adakah peluang mereka sudah tertutup?
Jawapannya tidak.Bagi mereka yang benar-benar ingin menjadi Doktor,korang boleh masuk ke Matrikulasi terlebih dahulu.Ambil kos Sains Tulen dan score baik-baik selama 1 tahun korang belajar di Matrik ini.Jangan main-main dan Insya-Allah,sekiranya korang mendapat 4 flat,korang pasti akan mendapat peluang untuk mengambil bidang kedoktoran.Lagipun di metrik,korang hanya akan belajar  3 subjek sahaja.(kalau tak silap lah)
Saya Dapat Rendah Je SPM.Saya Tak Boleh Masuk IPT Ke?
Sekiranya korang gagal dalam permohonan UPU disebabkan result SPM korang tak sesuai dengan kos yang korang minta,korang jangan putus asa.Korang buat rayuan semua.Tetapi kali ini korang pastikan kos yang korang nak mintak itu sesuai dengan keputusan korang itu.Jangan pulak korang dapat 3A tetapi korang minta Asasi Sains atau Medik.Memang korang takkan dapatlah.
So sebelum korang klik button hantar tu,pastikan korang fikir masak-masak dahulu.”Kos ini sesuai tak dengan keputusan aku ni?”,Kalu korang dah rasa sesuai dan berpuas hati,barulah korang klik button hantar tu.Ingat jangan tersilap pilih pulak ye.
Rayuan dah Buat Tetapi Saya Masih Gagal Dalam Permohonan.Apa Yang Perlu Saya Buat?
Masalah ini pasti akan timbul nanti.Walaupun korang dah buat pilihan mengikut keputusan SPM korang tetapi masih tidak ditawarkan ke IPT.Ini mungkin disebabkan universiti yang anda pohon itu sudah mencukupi koata yang diperlukan.Katakan UPM tawarkan 500 kekosongan tetapi anda merupakan orang yang ke 501 yang terdapat didalam senarai.So anda diklasifikasikan sebagai gagal.
Jadi cara nak atasinya adalah dengan memilih Universiti yang menawarkan syarat yang longgor dan koata yang banyak.Contohnya UiTM.UiTM adalah universiti yang paling mudah untuk korang dapat tetapi ada syaratnya dimana korang kena pastikan yang korang memilih UiTM sebagai pilihan pertama korang.So barulah senang nak dapat tawaran ke IPT.Betul tak?
Tak Tahu Nak Pilih Kos Apa!
Ini pun salah satu dilema yang akan berlaku kepada para pelajar lepasan SPM iaitu tak tahu nak pilih kos apa.”Aku nak ambil kos apa ni?”"Aku ini minat ke kos ini?”,”Kos ini macam best je”..Macam-macam yang bermain difikir anda kan.Okay relax,jangan gelogoh.Mula-mula korang cari dulu maklumat mengenai kos yang korang nak pilih.Search je kat Google tu.Banyak tempat-tempat yang boleh dijadikan rujukan.Korang tengok silibus yang ditawarkan dan tengok peluang kerjaya daripada kos yang korang nak ambil tu.Kalau rasa berkenan dan berminat,korang pilih lah kos itu.
Nak Masuk Matrik Atau Universiti?
Ini juga akan menjadi masalah kat budak-budak lepasan SPM nanti.Macam saya jugak lah dulu.Nak masuk matrik atau Universiti terus.Ia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Sekiranya korang nak masuk Universiti terus,ini bermakna anda akan ambil diploma.Kalau diploma jangka masanya dalam 3 tahun jugak lah.Kalau korang masuk Matrik,korang hanya perlu belajar 1 tahun dan terus sambung ke ijazah.So korang dah jimat 2 tahun kat situ.Tetapi belajar di Matrik bukan lah semudah yang disangka..haha..bukan nak takutkan korang lah =P
Okaylah,cukuplah setakat ini dulu,Nanti kita kongsikan lagi masalah-masalah atau dilema yang sering berlaku kepada pelajar lepasan SPM ini.=)
FIX BY : Nabila Farhana

1 comment:

  1. xtau nk amek ape?
    meh2 apply microbiology :)

    http://kasihdani.blogspot.com/2010/12/as114-diploma-microbiology-uitm-negeri.html

    n dak microbiology leh amek medic->

    http://kasihdani.blogspot.com/2011/01/bachelor-of-medicine-and-surgery-mbbs.html

    ReplyDelete