awesome people

Friday, January 6

Life As A Babysitter (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

  Seperti tajuk yang tertera diatas sana tu, bukan atas langit ye. Life As A Babysitter (: Okay, ini buat pertama kali beta menjadi babysitter. Dalam bahasa Melayu nya pengasuh. Semua anda anda tahukan apa itu pengasuh? Sementara menunggu result SPM keluar, beta mencari duit untuk buat simpanan sambung belajar, insyaAllah duit yang beta dapat ni dapat menanggung untuk beta sambung belajar. Amin (:  Beta berkerja sebagai babysitter di Selangor, ramai yang cakap jauhnya beta berkerja. Kerja babysitter je kot, takkan la dekat Kelantan takde. Okay, disini beta ingin menjelaskan bahawa, beta berkerja di sini(selangor) dirumah kakak sulong beta. Beta menjaga anak saudara beta sendiri. Alhamdulillah gaji yang diberi oleh kakak beta amatlah tinggi nilainya. Terima kasih (:

  Menjaga anak saudara kadang-kadang menyusahkan, yelah budak-budak kan, nak itu lah nak ini lah. Yang penting beta suka dengan ayat ni dari mulut anak saudara beta, "ecu, nak dush!". Mesti anda anda semua pening tidak terkatakan apa itu ''dush''. Pada mulanya beta pun tidak tahu apa lah yang anak saudara beta ingin katakan. Selepas ditranslate oleh ibunya sendiri iaitu kakak beta, rupa-rupanya ''dush'' tu susu. Okay, macam kelakar kot. Biasa la budak kecil lagi kan, orang tua-tua cakap masih ''telo'' atau pelat nak bercakap. Tergelak sorang-sorang beta buatnya. Haha (~',')~

Eh, lupa pula nak bagi tahu anda anda semua nama anak saudara beta. Okay, nama anak saudara beta Firas Farhad. Comel je kot nama tu, Heee ~(','~) Firas teramatlah nakal sekali, kadang-kadang tu best jugak ada Firas ni, tak sunyi je rumah. Kalau Firas tidur, comfirm sunyi sesangatlah rumah ni. Buat beta sedih ada lah :(. Firas suka tengok kartun, kalau boleh 24jam nak tengok kartun. Bosan buatnya, beta nak tengok cerita feveret beta pun tak boleh. Alahai Firas~ Semua lagu kat cerita kartun tu semua beta ingat terutama sekali cerita Pororo. Best kot cerita tu. =,="

Babak yang paling beta amatlah kesali ialah time Firas melepaskan ''harta karun''nya dalam pampers. Adoi ~ gelilah beta ingin membasuhnya. Tapi apakan daya beta, orang dah bayar, dengan rela hatinya beta membasuh "harta karun' tersebut. Perghhhh ! baunya amatlah semerbak sekali. Yang penting tahan lama, kalah perfume-perfume yang mahal. Haha (~','~)

Sebentar lagi mummy beta sudah ingin pulang ke kampung halaman di Kelantan, sedih kot :'( tapi tak pela demi duit beta sanggup mengharungi semua ini tapi yang penting gaji masyuk! go mek nab go mek nab!! Uoh ya, beta mendapat panggilan yang latest daripada keluarga tercinta beta sendiri. Jeng! jeng!jeng! panggilan tersebut ialah ''bibik'', cute kot panggilan tu =,=" walaupun beta mendapat panggilan tersebut, beta gembira kerana betalah ''bibik'' yang terkaya di asia. Bangga beta dibuatnya, Hahahaa (~',')~

"Ecu, nak dushh!!"

Uoh, nampaknya Firas sudah pun mahukan ''dush''nya. Terpaksalah beta meninggalkan anda anda semua buat sementara waktu dan menjadi bibik yang terkaya di asia. wohooo ! macam best je kot bunyi tu :p. Okay, bibik terkaya pergi melayan Firas dulu ye. Eh lupa, bawah ni beta ada sediakan gambar si Firas untuk buat santapan mata anda anda semua. Hehe ~(',')~ Assalamualaiku dan Bubbye (:



No comments:

Post a Comment