awesome people

Tuesday, August 25

kehidupan baru aku

Assalamualaikum.

Macam mana eh nak start mukadimah? dah lama tak guna jari runcing aku ni menaip, kena berjinak-jinak semula ni. Dah rasa kekok dan lain macam je. Haha

Sunyi je suasana rumah tapi masih kedengaran azan yang sayu sayu je dekat telinga. Aku duduk sesorang macam ni pun dah rasa sunyi. Nyamuk lalu sebelah pun boleh dengar dia cakap apa, "hai, nak gigit sikit boleh. saya lapar". Haha Ni hiperbola sangat sampai nyamuk cakap pun dapat dengar, ni belum semut, lipas lagi. Kalau semua dapat dengar, dah boleh ajak jadi geng sunyi aku dekat rumah. Tapi betul aku cakap, suasana rumah sunyi sangat. Nak cakap rumah besar, biasa je tapi bila penghuninya hanya 3 orang, macam mana nak bising. Nanti aku sambung belajar macam mana eh? Agak-agak sunyi dia tahap apa? tahap gua? tahap dalam tempurung? Hmmm

Kejap sangat masa pergi, dah boleh kira sambil pejam mata. Tak sampai seminggu lagi aku dah nak pergi. Ceitttt! bunyi macam nak sambung belajar luar negara gitu. Takde lah, degree aku dapat dekat je, dah takde dah over the sea. UiTM Dungun. Dulu UiTM Sarawak. Jauh gila kan? Sekarang dah dekat gila. Haha Aku mengeluh je kerja, bukan tak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan aku, aku cuma terfikir susahnya nanti nak cari kawan baru. Eleh! ni standard ah dak dak Uni, asyik-asyik mengeluh benda sama. Yee aku tahu, tapi takpe lah. Aku tahu semua orang yang senasib dengan aku akan dapat rasa dan tahu apa yang terbuku dalam hati ni. Yelaaaaaa hanya aku dan Allah je tahu. Cliche sangat ayat cenggitu. Haha.

Bab cari kawan aku tak kisah sangat, yang paling aku kisah parents aku. Biasa la weh, aku anak bongsu anak paling last dan anak paling lama tidur bawah ketiak mak. Duk fikir-fikir, kesian pulak Cik Ros. Biasanya aku laa selalu buat bising dekat rumah, gomol-gomol perut dia yang gebu tu, yang paling best, selalu jad bahan uji kaji aku iaitu makeup. Haha Cik Ros laaa yang jadi model aku bila aku dapat idea. Same goes to Abg Din, walaupun jarang nau cakap. Aku sayang. Mostly anak-anak jarang cakap dengan bapak dia kan? aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang tak jumpa jawapan dia. Hehe

Aku tenung je rumah aku, dari kiri ke kanan. Yes! mengalir air mata. Memang cepat masa berlalu. Dulu masa aku kecik duduk atas kerusi yang aku duduk sekarang ni sambil makan cekelat, sekarang aku duduk atas kerusi ni sambil menaip blog. Ish drama sangat nak throwback. Banyak sangat kenangan yang nak di throwback, sampaikan tak tahu nak cerita yang mana satu. Takpe lah, aku simpan semua kenangan aku bersama orang tersayang dalam hati aku.

Dan sampai bila aku dapat tatap semua ni dengan kedua pasang mata aku, sampai bila?

Friday, November 2

Oh my pretty pretty boy.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Nampak tak gambar atas tu? Alaaa yang itu lah yang sebelah kiri tu, bukan sebelah kanan. Kanan tu kaki aku. Nampak dengan jelas kan dengan petak keciknya, berwarna hitam diluar dan berwarna biru didalam. Alahai sedih kalau dikenang kembali. :'(  Kalau anda-anda semua nak tahu, itulah my baby boy, pretty boy, my husband and my everything. *Eh tetiba skiping plak =,=''

Kenapa dengan baby boy aku ni? Okay nak jadikan ceritanya, eh nak cerita panjang ke pendek? Kalau panjang rasa-rasanya tak muat, insyaAllah kalau muat. HaaHaa. Yang sebenarnya baby boy aku telah dicuri oleh hamba Allah yang busuk sangat hatinya, lagi busuk dari sampah. PuiiiPuiii! Sampai hati dia rampas baby boy aku, Kalau kau ada depan aku ni aku dah ceramah sampai berdarah telinga kau. Haaa biar padan dengan muka dia.

Sesungguhnya aku teramat sangat lah menyayangi baby boy aku tu. Yela hoiii siapa tak sayang husband sendiri, aku dah anggap handphone aku tu husband dah. Ye ar kan aku yang beli dia, kalau aku tak beli dia, dia dah jadi husband orang lain. HaaHaaHaa ;D Aku beli dia dengan duit titik peluh aku sendiri tahu tak?. Tengok lah anda-anda semua, betapa susahnya aku nak membeli sebiji handphone yang kecik tuh. Tapi cis punya pencuri, senang-senang dia pisahkan aku dengan baby boy aku. Sedih tahu tak?!!

Tapi apakan daya diriku yang lemah ini, mungkin aku tak ada jodoh dengan baby boy aku tu. Entah selamat ke tidak baby boy, entah-entah pencuri tu jual baby aku. Kesian dia :'( HaaHaaHaa. Tak apa lah dah sampai masa dia meninggalkan aku. Taata Baby. :D Ok tu je kot aku nak berkongsi kongsi faa chai dengan anda-anda semua, Assalamualaikum :D