awesome people

Tuesday, August 25

kehidupan baru aku

Assalamualaikum.

Macam mana eh nak start mukadimah? dah lama tak guna jari runcing aku ni menaip, kena berjinak-jinak semula ni. Dah rasa kekok dan lain macam je. Haha

Sunyi je suasana rumah tapi masih kedengaran azan yang sayu sayu je dekat telinga. Aku duduk sesorang macam ni pun dah rasa sunyi. Nyamuk lalu sebelah pun boleh dengar dia cakap apa, "hai, nak gigit sikit boleh. saya lapar". Haha Ni hiperbola sangat sampai nyamuk cakap pun dapat dengar, ni belum semut, lipas lagi. Kalau semua dapat dengar, dah boleh ajak jadi geng sunyi aku dekat rumah. Tapi betul aku cakap, suasana rumah sunyi sangat. Nak cakap rumah besar, biasa je tapi bila penghuninya hanya 3 orang, macam mana nak bising. Nanti aku sambung belajar macam mana eh? Agak-agak sunyi dia tahap apa? tahap gua? tahap dalam tempurung? Hmmm

Kejap sangat masa pergi, dah boleh kira sambil pejam mata. Tak sampai seminggu lagi aku dah nak pergi. Ceitttt! bunyi macam nak sambung belajar luar negara gitu. Takde lah, degree aku dapat dekat je, dah takde dah over the sea. UiTM Dungun. Dulu UiTM Sarawak. Jauh gila kan? Sekarang dah dekat gila. Haha Aku mengeluh je kerja, bukan tak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan aku, aku cuma terfikir susahnya nanti nak cari kawan baru. Eleh! ni standard ah dak dak Uni, asyik-asyik mengeluh benda sama. Yee aku tahu, tapi takpe lah. Aku tahu semua orang yang senasib dengan aku akan dapat rasa dan tahu apa yang terbuku dalam hati ni. Yelaaaaaa hanya aku dan Allah je tahu. Cliche sangat ayat cenggitu. Haha.

Bab cari kawan aku tak kisah sangat, yang paling aku kisah parents aku. Biasa la weh, aku anak bongsu anak paling last dan anak paling lama tidur bawah ketiak mak. Duk fikir-fikir, kesian pulak Cik Ros. Biasanya aku laa selalu buat bising dekat rumah, gomol-gomol perut dia yang gebu tu, yang paling best, selalu jad bahan uji kaji aku iaitu makeup. Haha Cik Ros laaa yang jadi model aku bila aku dapat idea. Same goes to Abg Din, walaupun jarang nau cakap. Aku sayang. Mostly anak-anak jarang cakap dengan bapak dia kan? aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang tak jumpa jawapan dia. Hehe

Aku tenung je rumah aku, dari kiri ke kanan. Yes! mengalir air mata. Memang cepat masa berlalu. Dulu masa aku kecik duduk atas kerusi yang aku duduk sekarang ni sambil makan cekelat, sekarang aku duduk atas kerusi ni sambil menaip blog. Ish drama sangat nak throwback. Banyak sangat kenangan yang nak di throwback, sampaikan tak tahu nak cerita yang mana satu. Takpe lah, aku simpan semua kenangan aku bersama orang tersayang dalam hati aku.

Dan sampai bila aku dapat tatap semua ni dengan kedua pasang mata aku, sampai bila?

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete